This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, August 9, 2010

Projek Hujung Minggu: Wall Kitchen Cabinet





Akhirnya siap juga wall kabinet. Macam tak percaya. Sebabnya aku pasang sendiri tapi dengan bantuan seorang rakan dari seberang la......

Wednesday, July 28, 2010

For The Rest of My Life - Maher Zain

Sunday, July 11, 2010

Gambar Bersama Pelakon "Ali Setan"


Saya kagum dengan sdr. Azmil Mustafa yang terkenal dengan Ali Setan....

Allah Maha Kaya....Dia berkuasa memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya..

Sekarang beliau sedang melanjutkan pelajaran di Syria..

Wednesday, June 30, 2010

Bekerja Biarlah kerana Allah....

Aku tertanya-tanya juga, berapa ramaikah dalam kalangan kita khususnya orang Islam yang bekerja kerana Allah? Tak kisahlah di mana dan dengan siapa kita bekerja.

Ada member aku tu berkata, "Daripada aku boring duk kat umah, baik aku jadi guru...Dapat jugak gaji ujung bulan.." Terdetik dalam hati aku, "Patut la anak murid tak dengar kata..."

Oleh itu, ikhlaskanlah niat kerana Alah supaya rezeki yang kita peroleh mendapat keberkatan daripada-Nya. Sepuluh sen yang kita dapat lebih baik daripada RM100 tetapi tidak berkat...





Bucket Seat



Huhu sayang jugak nak jual seat ni....Syok sangat kalu drive jauh...

Semua kete boleh masuk tapi kena tukar tapak la...

Aku nak jual sebab nak masuk seat recaro lak....

Kepada member yang nak merasa bucket seat ni, bolehlah call aku....

first come first serve....Harga boleh nego lagi sebelum let go... Dulu beli dalam RM1k lebih.

Sunday, June 20, 2010

Projek Hujung Minggu

Akhirnya siap juga projek hujung minggu aku...Macam la besar sangat projek tu...hehe... Tak de lah, projek tanam rumput depan halaman rumah jer....

Sebenarnya sudah lama nak buat benda tu cuma malas nak buat sendiri. Minta tolong member-member beb...

Setelah member yang nak tolong kata boleh, aku terus cari rumput ler...

Pergh, boleh tahan juga berpeluh! Walaupun tak berapa besar saiz tanahnya tapi penatlah jugak...

Lepas ni nak tanam pokok palma pulak. Bagi naik seri sikit laman tu...

Tuesday, June 8, 2010

Al-Fatihah...

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati....Begitu adat makhluk ciptaan Allah. Kita tidak boleh lari daripada ketentuan-Nya.

Pagi tadi saya dan beberapa orang teman berkesempatan menziarahi jenazah ibu kepada teman setugas yang meninggal dunia malam tadi...

Kami sempat juga memberi penghormatan terakhir dengan melakukan solat Jenazah untuk arwah...

Semoga arwah dalam rahmat Allah dan termasuk dalam kalangan orang-orang yang beriman....

Huhu...teringat orang tua kat kampung yang juga uzur.

Wednesday, May 19, 2010

Umurku Meningkat Lagi.......


19 Mei 2010
Alhamdulillah...genaplah umurku yang ke-26, opps 26+10 tahun. Ah, dah tua rupanya diriku. Begitulah cepatnya masa berlalu....


Orang kata usia melambangkan kematangan seseorang. Betul ke? Lu pikir la sendiri...


Ada orang yang usianya meningkat tapi fizikalnya "maintain" nampak muda (macam aku hehe - ayat perasan) dan ada juga orang yang fizikalnya "berubah" dek kerana usianya yang bertambah. Jangan terasa hah....


Kepada teman-teman yang mengucapkan hepi besday, selamat hari jadi, selamat hari lahir, hari beranak, hari nampak dunia, dan macam-macam lagi aku dahului dengan ucapan terima kasih.

Semoga dengan doa kalian itu umurku panjang tetapi berkat, hidupku dirahmati, dilindungi Allah, dan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Amin.........

Tuesday, May 18, 2010

Mahalnya Sebuah Persahabatan


Sahabat, teman, kawan, sain, gu, member, dan macam-macam lagi sebutan. Semuanya tentang sekelompok atau sekumpulan manusia dalam melakukan sesuatu atau dengan kata lain bergaul. Ah, macam karangan SPM pulak!

Ada kawan sekampung, satu sekolah, kawan seuniversiti, kawan sekerja, dan bermacam lagi kawan.
Kawan atau sahabat banyak mempengaruhi kehidupan seseorang. Kalau berkawan dengan orang yang baik maka baiklah kita dan jika berkawan dengan orang yang su' perangainya, maka tidak baiklah jadinya.

Bila sudah tamat pengajian, bila dah berumah tangga, atau berpindah kerja, maka putuslah hubungan sahabat jika kita tidak berusaha meneruskan perhubungan itu.
(Foto: Teman lama)

Ada juga kawan yang suka mendiamkan diri dan menjauhkan diri daripada sahabat-sahabat lama dan ada juga yang sanggup mengadakan "reunion" demi menghubungkan silaturahim yang sekian lama putus...

Bila membelek-belek gambar-gambar lama bersama teman, teringatlah kisah-kisah dahulu kala. Terbayang kenangan-kenangan manis dan pahit. Ah, semuanya ada!

Gambar-gambar lama ini membuatkan saya sedar bahawa "Pentingnya sahabat dalam kehidupan dan mahalnya erti sebuah persahabatan".

Teman,
Hubungilah sahabat yang sudah lama tidak berjumpa, sambungkan kembali hubungan silaturahim yang telah terputus, dan bertanya khabarlah walaupun dengan hanya 1sms....

Tokoh Kepimpinan Pendidikan yang Saya Kagumi

Ingatan masih segar melekat di kotak fikiran saya mengenai tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010, Prof. Datuk Dr Ibrahim Bajunid (gambar tengah). Saya pernah berjumpa dan bersembang dengan tokoh ini untuk program Minggu Bahasa dan Informasi sewaktu di kampus dulu. Datuk seorang yang peramah dan intelektual. Memang patut mendapat anugerah tersebut. Kadang-kadang susah hendak memahami apa yang diucapkannya kerana "level"nya agak tinggi. Saya juga pernah ke rumah Datuk untuk membuat "discussion" pasal program itu. Sempat juga makan malam bersama Datuk dan keluarga. TAHNIAH DATUK!!


Petikan Akhbar:

[MSTAR] KUANTAN: Profesor Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid dipilih selaku penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 sempena Sambutan Hari Guru ke-39 hari ini.

Ibrahim merupakan mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) dipilih penerima anugerah berkenaan di atas sumbangannya sebagai perunding dalam pembuatan dasar kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan.

Beliau adalah Penasihat Kebangsaan/Perunding Asia-Eropah Pembelajaran Sepanjang Hayat di Malaysia dan kini terlibat dalam beberapa projek penyelidikan dan mengawasi beberapa pelajar peringkat Sarjana dan Kedoktoran.

Ibrahim juga menganggotai Lembaga Penasihat Akademik di beberapa pusat pengajian tinggi negara dan beliau telah menulis lebih daripada lima ratus rencana dan penulisan ilmiah yang merangkumi isu penting dalam pembangunan nasional yang berkaitan dengan pendidikan, modal insan, intelektual dan sosial.