Tuesday, May 18, 2010

Tokoh Kepimpinan Pendidikan yang Saya Kagumi

Ingatan masih segar melekat di kotak fikiran saya mengenai tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010, Prof. Datuk Dr Ibrahim Bajunid (gambar tengah). Saya pernah berjumpa dan bersembang dengan tokoh ini untuk program Minggu Bahasa dan Informasi sewaktu di kampus dulu. Datuk seorang yang peramah dan intelektual. Memang patut mendapat anugerah tersebut. Kadang-kadang susah hendak memahami apa yang diucapkannya kerana "level"nya agak tinggi. Saya juga pernah ke rumah Datuk untuk membuat "discussion" pasal program itu. Sempat juga makan malam bersama Datuk dan keluarga. TAHNIAH DATUK!!


Petikan Akhbar:

[MSTAR] KUANTAN: Profesor Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid dipilih selaku penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 sempena Sambutan Hari Guru ke-39 hari ini.

Ibrahim merupakan mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) dipilih penerima anugerah berkenaan di atas sumbangannya sebagai perunding dalam pembuatan dasar kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan.

Beliau adalah Penasihat Kebangsaan/Perunding Asia-Eropah Pembelajaran Sepanjang Hayat di Malaysia dan kini terlibat dalam beberapa projek penyelidikan dan mengawasi beberapa pelajar peringkat Sarjana dan Kedoktoran.

Ibrahim juga menganggotai Lembaga Penasihat Akademik di beberapa pusat pengajian tinggi negara dan beliau telah menulis lebih daripada lima ratus rencana dan penulisan ilmiah yang merangkumi isu penting dalam pembangunan nasional yang berkaitan dengan pendidikan, modal insan, intelektual dan sosial.

0 comments:

Post a Comment