This is default featured slide 1 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured slide 2 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured slide 3 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
Monday, August 9, 2010
Wednesday, July 28, 2010
Sunday, July 11, 2010
Gambar Bersama Pelakon "Ali Setan"
Wednesday, June 30, 2010
Bekerja Biarlah kerana Allah....
Ada member aku tu berkata, "Daripada aku boring duk kat umah, baik aku jadi guru...Dapat jugak gaji ujung bulan.." Terdetik dalam hati aku, "Patut la anak murid tak dengar kata..."
Oleh itu, ikhlaskanlah niat kerana Alah supaya rezeki yang kita peroleh mendapat keberkatan daripada-Nya. Sepuluh sen yang kita dapat lebih baik daripada RM100 tetapi tidak berkat...
Bucket Seat
Semua kete boleh masuk tapi kena tukar tapak la...
Aku nak jual sebab nak masuk seat recaro lak....
Kepada member yang nak merasa bucket seat ni, bolehlah call aku....
first come first serve....Harga boleh nego lagi sebelum let go... Dulu beli dalam RM1k lebih.
Sunday, June 20, 2010
Projek Hujung Minggu
Sebenarnya sudah lama nak buat benda tu cuma malas nak buat sendiri. Minta tolong member-member beb...
Setelah member yang nak tolong kata boleh, aku terus cari rumput ler...
Pergh, boleh tahan juga berpeluh! Walaupun tak berapa besar saiz tanahnya tapi penatlah jugak...
Lepas ni nak tanam pokok palma pulak. Bagi naik seri sikit laman tu...
Tuesday, June 8, 2010
Al-Fatihah...
Pagi tadi saya dan beberapa orang teman berkesempatan menziarahi jenazah ibu kepada teman setugas yang meninggal dunia malam tadi...
Kami sempat juga memberi penghormatan terakhir dengan melakukan solat Jenazah untuk arwah...
Semoga arwah dalam rahmat Allah dan termasuk dalam kalangan orang-orang yang beriman....
Huhu...teringat orang tua kat kampung yang juga uzur.
Wednesday, May 19, 2010
Umurku Meningkat Lagi.......
Alhamdulillah...genaplah umurku yang ke-26, opps 26+10 tahun. Ah, dah tua rupanya diriku. Begitulah cepatnya masa berlalu....
Orang kata usia melambangkan kematangan seseorang. Betul ke? Lu pikir la sendiri...
Ada orang yang usianya meningkat tapi fizikalnya "maintain" nampak muda (macam aku hehe - ayat perasan) dan ada juga orang yang fizikalnya "berubah" dek kerana usianya yang bertambah. Jangan terasa hah....
Kepada teman-teman yang mengucapkan hepi besday, selamat hari jadi, selamat hari lahir, hari beranak, hari nampak dunia, dan macam-macam lagi aku dahului dengan ucapan terima kasih.
Semoga dengan doa kalian itu umurku panjang tetapi berkat, hidupku dirahmati, dilindungi Allah, dan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Amin.........
Tuesday, May 18, 2010
Mahalnya Sebuah Persahabatan
Sahabat, teman, kawan, sain, gu, member, dan macam-macam lagi sebutan. Semuanya tentang sekelompok atau sekumpulan manusia dalam melakukan sesuatu atau dengan kata lain bergaul. Ah, macam karangan SPM pulak!
Ada kawan sekampung, satu sekolah, kawan seuniversiti, kawan sekerja, dan bermacam lagi kawan.
Kawan atau sahabat banyak mempengaruhi kehidupan seseorang. Kalau berkawan dengan orang yang baik maka baiklah kita dan jika berkawan dengan orang yang su' perangainya, maka tidak baiklah jadinya.
Bila sudah tamat pengajian, bila dah berumah tangga, atau berpindah kerja, maka putuslah hubungan sahabat jika kita tidak berusaha meneruskan perhubungan itu.
Bila membelek-belek gambar-gambar lama bersama teman, teringatlah kisah-kisah dahulu kala. Terbayang kenangan-kenangan manis dan pahit. Ah, semuanya ada!
Gambar-gambar lama ini membuatkan saya sedar bahawa "Pentingnya sahabat dalam kehidupan dan mahalnya erti sebuah persahabatan".
Teman,
Hubungilah sahabat yang sudah lama tidak berjumpa, sambungkan kembali hubungan silaturahim yang telah terputus, dan bertanya khabarlah walaupun dengan hanya 1sms....
Tokoh Kepimpinan Pendidikan yang Saya Kagumi
Petikan Akhbar:
[MSTAR] KUANTAN: Profesor Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid dipilih selaku penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 sempena Sambutan Hari Guru ke-39 hari ini.
Ibrahim merupakan mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) dipilih penerima anugerah berkenaan di atas sumbangannya sebagai perunding dalam pembuatan dasar kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan.
Beliau adalah Penasihat Kebangsaan/Perunding Asia-Eropah Pembelajaran Sepanjang Hayat di Malaysia dan kini terlibat dalam beberapa projek penyelidikan dan mengawasi beberapa pelajar peringkat Sarjana dan Kedoktoran.
Ibrahim juga menganggotai Lembaga Penasihat Akademik di beberapa pusat pengajian tinggi negara dan beliau telah menulis lebih daripada lima ratus rencana dan penulisan ilmiah yang merangkumi isu penting dalam pembangunan nasional yang berkaitan dengan pendidikan, modal insan, intelektual dan sosial.
Monday, May 17, 2010
Team Belakang Tabir
Tuesday, May 11, 2010
Selamat Hari Guru
Didiklah anak bangsa dengan penuh dedikasi. Betulkan niat anda - ikhlas kerana Allah supaya segala ilmu yang dicurahkan kepada anak bangsa mendapat keberkatan dan tetap segar di sanubari mereka agar menjadi warga negara yang berguna.
Sesungguhnya jasa kalian amat besar buat negara....
Hayatilah sajak ini...
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Trengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang di apungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan di akhir hayat.
-USMAN AWANG
Dan dengarkan lagu ini juga khas buat guru...