Tuesday, May 11, 2010

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru (16 Mei) kepada seluruh warga guru terutama kepada teman-teman yang bergelar cikgu, cikgi, ustaz, ustazah, professor, guru kelas memandu, guru kelas memasak, dan macam-macam lagi guru.

Didiklah anak bangsa dengan penuh dedikasi. Betulkan niat anda - ikhlas kerana Allah supaya segala ilmu yang dicurahkan kepada anak bangsa mendapat keberkatan dan tetap segar di sanubari mereka agar menjadi warga negara yang berguna.

Sesungguhnya jasa kalian amat besar buat negara....

Hayatilah sajak ini...

Guru Oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Trengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang di apungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan di akhir hayat.

-USMAN AWANG


Dan dengarkan lagu ini juga khas buat guru...

Selamat hari guru......

0 comments:

Post a Comment